Saturday, May 5, 2012

Aku dan Islam

Sebenarnya, sedang ulamak2 terutama ulamak politik menyalahkan kerajaan kerna gejala sosial, mereka lupa bahawa ini semua adalah saham dari kesalahan mereka...Mana tidaknya, sejak aku kecil, aku merasa bahawa org seperti kami ini jahil, xd pengetahuan agama, xhebat sepertimana orang agama, termakan dakyah2 "ustad" kononnya orang UMNO itu kafir dsb.. Maka tidak hairan semasa aku meningkat dewasa, pernah aku terpedaya dengan menyangka bahawa tempat di syurga itu hanya terisi oleh golongan2 Tuan Guru

org seperti aku dihukum sebelum kami dapat mengetahui ilmu, dihukum oleh kasta yang direka2 golongan "ustad"... aku menyangka bahawa ruang untuk aku menjadi org yg tahu agama langsung tertutup..terima kasih kepada golongan "ustad"..bagaimana mereka menyalahkan gejala sosial sedang orang yg dituduh terutama anak muda "dihukum sebelum sempat mereka didedahkan tentang ilmu "sebenar" akan agama...sedang mereka semua ,menyangka bahawa agama itu adalah saduran pemahaman politik dan kepentingan sempit sesetengah golongan

Langsung tidak hairan jika golongan ini akhirnya kecundang, terhukum sebelum sempat ditunaikan hak mereka untuk mendapat ilmu...Hanya aku mengenal agama setelah aku mengenali tabligh..bayangkanlah bagaimana ingin aku membenci mereka (walau terdapat silap pada mereka) sedangkan mereka yg mula mengenalkan aku tentang Islam...

 Lalu setelah aku mengenal Sunnah dan Salaf, ape yg benar2 mengejutkanku, mengecewakanku dan membuat aku terpaku ialah selama ini aku menyangka yang kami ini golongan bawahan, tidak layak , jahil dsb sedangkan itu hanya rekaan, kepalsuan yang direka untuk kepentingan, sedangkan Islam itu mudah...Dan yang paling aku xdapat terima ialah rupanya gologan "serban tebal" ini tidaklah hebat benar ilmu mereka seperti yang aku sangka, kebanyakan mereka hanya "berlagak" dengan nama dan karakter2 agamawan, jubah serban dan jawatan, sedang hakikatnya mereka tidaklah sebijak mana...

Lalu aku kekal sebagai aku, dengan prinsip yang mudah.."kalau aku berbeza dengan mereka, nanti mereka akan menjauhkan diri dari aku..kau bayangkan sajalah kalau aku datang nak main futsal, pakai serban jubah bagai, dari jauh korg tgk aku pun korang lari...terpulanglah ape org nak kata..aku pegang, aku perlu jadi mereka, untuk menyampaikan pada mereka" .. Biarkan orang nak fitnah ape pun, memang itu prinsip aku..

KerisPujangga
28 March 2012

1 comment:

  1. semua yg pakai serban bukan ustad pun...aku pun begitu,dikatanya padaku umno itu kafir kerana menolak islam oleh golongan pentaksub!!aku dalam jemaah mereka juga..kata perjuangkan apa yang dibawa oleh nabi muhammad saw,akhlak baik mana?????lagi satu,masjid umno kita tak boleh pergi sebab diaorg tolak islam...so kita kena solat jemaah kat markas...persoalan dlm minda mmr ku...mengapa mereka perlu begitu?kadang kadang niat tarbiah itu kurang,politik je lebih nk islam...tapi itu sedikit dalam jemaah ku..banyak yang profesional skrg..semoga Allah memperbetulkan kembali landasan prinsip perjuangan parti jemaah ku kembali....

    ReplyDelete