Saturday, May 5, 2012

Balada Melayu, Ayam Menang, Kampung Tergadai


Senang cakap janji, semua maw free, bile da dapat undi, ape yg terjadi?? Ape pun dorg xbg.....cakap tinggal perkataan, yg ikut masih kebuntuan..Sokong masih ada sokongan, minda mungkin dalam kekangan..xsiapa tahu mana silapnya, mungkinkah taksub atau berdendam, dan tika dapat melihat kebenarannya, baru terduduk baru terdiam...Alahai Bangsaku Melayu....

Semua benda mahu percuma, tapi sayang bekerja tak mahu, di mana silap di mana punca, bangsa Melayu jadi begitu

Adapun yang melaungkan keadilan, kiranya inginkan semua ketelusan, cermin balik dalam kumpulan, kelompok sendiri menangkan kawan

Asyik sibuk menyalahkan orang, konon harta diberi kurang, apakah salah memiliki harta, sedang mereka benar usaha?

duduk diam duduk bersatu, kalau satu pun bukan begitu, sekadar cakap apa yang mahu, kejayaan percuma bukan untukmu

Orang lain kita sibukkan, dalam rumah sendiri berantakan, Seluruh wilayah minta Islamkan, tanggungjawab dakwah dilupa ditinggalkan....Lalu datang cerita politik, Kata inilah islam yg demokratik, mencaci menghina sebagai umpan, Inikah Islam yang dimaksudkan?

Cerita politik dikata dakwah, cerita dakwah tak lagi diendah,..Pabila dakwah cuba diberi, kami dituduh sebagai WAHHABI....

Keris Pujangga
15 April 2012

No comments:

Post a Comment